top of page

    KONSEP PEMBELAJARAN     MAAHAD TAHFIZ AS SOHABAH

Konsep Pembelajaran

 

1. Konsep pembelajaran adalah Tahfiz dan ‘ Alim. Pelajar diasuh untuk menjadi Huffaz seawal dari umur 8 tahun dan dididik tentang Sunnah Nabi dalam kehidupan seharian

 

Hafiz: Hafazan 30 Juzuki .

Umur Mula : 8 Tahunii.

Jangkamasa : 4 ½ Tahun (Qatam 30juzuk)

 

Belajar‘Alim: Mempelajari Kitab & Hafal 5000 Hadisi .

Umur Mula : 8 Tahun atau 12 Tahun.

Jangkamasa : 8 ½ Tahun Belajar.

Belajar Qiraat : 2 Tahun.

 

2.Pelajar akan didedahkan untuk menguasai pelbagai pilihan Bahasa bagi bertujuan sebagai persediaan Hufaz-Hufaz untuk diserapkan ke peringkat antarabangsa sebagaimana objektif penubuhan Mahad ini.

Antara bahasa yang akan diajar adalahseperti:

 

- Bahasa Arab

- Bahasa Urdu

- Bahasa Tamil

- Bahasa Mandarin

- Bahasa Inggeris

- Bahasa Jepun

- Bahasa Korea

- Bahasa Rusia / Soviet ( Bukhara )

 

 

 

 

3. Para pelajar juga akan dilatih dengan kaedah Perubatan Islam. Skema ini secara langsung memberikan pendedahan kepada pelajar akan hikmah dan hikmat Al-Quran dalam di implementasikan kepada sistem perubatan seterusnya mampu untuk dijadikan ia satu lagi cabang dakwah iaitu melalui perubatan.

Penguasaan dalam ilmu ini mampu menambahkan lagi khidmat dan nilai tambah para Huffaz yang membawa imej Islam untuk diketengahkan sebagai Daie dalam masyarakat yang akan mereka santuni.

 

 

 

 

4. Dalam aktiviti riadah dan rekreasi pula, pelajar akan berpeluang mempelajari

pelbagai bidang sukan seperti :

- Sukan Tinju

- Sukan Memanah

- Sukan menunggang kuda (Dibuat di luar Kampus Utama)

- Seni SilatPelajar bukan sahaja perlu menguasai ilmu-ilmu ini bahkan

 

perlu diketengahkan ke peringkat antarabangsa dan ke peringkat tertinggi yang boleh dicapai dalam bidang-bidang sukan tersebut.Objektif utamanya adalah untuk menjadikan riadah/sukan sebagai salah satucabang dakwah. Dengan penguasaan di dalam salah satu bidang ini, secara tidaklangsung akan menaikkan lagi imej Agama seterusnya Negara di peringkatantarabangsa

 

 

5.Dalam usaha untuk melahirkan para pendakwah yang global dan berkualiti,para pelajar diwajibkan menjalani latihan praktikal dakwah selama setahun, ianya adalah sebagai syarat wajib untuk mendapatkan kelulusan peringkat pengijazahan.

Perlaksanaannya adalah selepas para pelajar selesai/tamatmenguasai peringkat Hafiz dan A'lim. Setelah berjaya menyelesaikan peringkat ini,para pelajar akan dianugerahkan dengan gelaran ‘Maulana' .

 

 

Setelah para pelajar selesai menjalani kesemua sistem pembelajaran, merekaakan diwajibkan untuk berkhidmat selama setahun sebagai Mu ’ allim (tenaga pengajar) di Maahad ini.Pihak pentadbiran menjangkakan para pelajar akan selesai menjalani pembelajaran di maahad ini pada umur 24 tahun seterusnya menjadi seorang Huffaz yang bukan sahaja menghafal 30 Juzuk Al Quran malahan mampu menghafal 5000 hadis serta menjadi pendakwah yang menguasai Kepelbagaian bahasa dan ilmu perubatan islam disamping mahir dalam seni mempertahankan diri.

 

Hubungi Kami :

019-6003416 (ustaz saad )

019-4449711 (zulkifli)

05-371 2033

 

 

​Lokasi : 

Maahad Tahfiz As-Sohabah

Kampung Parit 13, Alor Sampan,32600 Bota, Perak Darul Ridzuan.Malaysia

Maahad Tahfiz As-Sohabah (hafizah)

Cawangan Kg.Pendiat,32600,Bota,Perak

Darul Ridzuan,Malaysia

 

 

 

 

@2014 Maahad Tahfiz As Sohabah 

 

 

assohabah.tahfiz@outlook.com

 

bottom of page